Siap sudaaa..


Siap sudah. Baju majmuah. Lambang kesatuan hubungan, kemantapan ukhuwwah. Walaupun belum siap ditempah lagi tapi rengekan manja dari sahabat-sahabat sudah cukup memberikan ketenangan, menandakan ukhuwwah yang cuba dicanang dalam perhubungan islam kian mekar. Saya sendiri tidak sabar menunggu baju ini siap sepenuhnya. Namun seperti biasa, terdapat juga perselisihan ketika memilih reka bentuk baju, sama ada ingin berkolar atau tidak. Pada asalnya majoriti suara melalui undi telah sepakat untuk membuat baju ini berkolar, namun setelah mendapat nasihat kepakaran daripada saya sendiri, akhirnya mereka terpaksa akur dengan pengubahsuaian baju tersebut, iaitu tanpa kolar. Tiada sebarang pertelingkahan berlaku mahupun pembakaran trak polis, atau demonstrasi jalanan dibuat. Alhamdulillah, separuh kerja telah selesai. Sekarang tinggal membuat rundingan dengan tuan kedai pula. Masih keliru kedai mana yang ingin diterjah. Hmm..

Ulasan