Luka yang membarah..

Perjuangan yang sempit? Ahh, apa sebenarnya yang menjadi manhaj sebenar dalam berdakwah. Ternyata dalam merentasi gelombang hidup yang semakin kompleks, bukan mudah untuk seseorang daie mengambil tempat dalam hati mereka yang tidak memahami, yang sekadar mencela tanpa mengetahui hakikat sebenar.

Sejauh mana sifat terbuka diamalkan dalam berdakwah. Bukankah dakwah itu sangat luas cabangnya.

Saya mahu mengajak sahabat-sahabat berfikir sejenak, andai Rasulullah masih hidup di zaman kita, apakah yang akan baginda tangisi dalam percaturan hidup kita hari ini?

Perbezaan dalam bermanhaj, kita harus sedar dan bertanggungjawab. Apakah nilai sebenar yang terkandung dalam setiap manhaj yang diamalkan. Haruskah kita membuta tuli mengikut dan menyetujui segala kaedah yang telah kita dokong, atau lebih bersikap intelektual dalam memilih jalan yang benar. Lantaran ego yang tidak bertempat, terkadang apa yang menjadi visi diutamakan hingga membelakangkan hukum syariat. Terkadang perbalahan dalam bermanhaj lebih diutamakan berbanding gerak kerja. Apa sebenarnya sikap yang kita janakan ini? Malulah pada diri sendiri.

Seringkali kita naik angin, kita marah, sakit hati. Perkara lumrah dalam berdakwah. Fitnah berleluasa. Berang dengan fitnah tersebut. Namun sedarlah, adakah kita jamin orang yang terkena fitnah itu benar-benar membuat perkara tersebut. Kita sering mendahulukan kepentingan diri kita sendiri. Andai kita yang terkena, maka kita akan pertahankan diri kita sendiri. Tetapi kalau orang lain yang ditimpa fitnah, gembira kita mendengarnya. Maka terbitlah pelbagai sangkaan buruk. Apa yang menjadi sangkaan dijadikan modal dalam bualan mulut orang ramai. Menjaja cerita fitnah dalam masyarakat. Aduhai.. apa la yang sebenarnya mereka mahukan. Berhujah tanpa bukti yang nyata.

Kembalikan keamanan dengan menghayati sirah Rasulullah..

Ulasan