Subjek Pendidikan Kenegaraan..ada agenda tertentu ke?

Sebenarnya baru-baru ini saya ada post satu entri yang agak berkaitan dengan politik. Namun belum sampai sehari saya post, cepat-cepat saya pindah ke draft. Entah mengapa, risau bila memikirkan kesan-kesan yang bakal melanda.

Terdetik pula kali ini ingin membincangkan tentang satu silibus mata pelajaran yang menjadi subjek teras dalam pembelajaran di APIUM, iaitu subjek Pendidikan Kenegaraan, disampaikan oleh Ckgu Zahari bin Yusoff bagi pelajar-pelajar semester 3 dan 4.

Saya agak kagum dengan penyampaian pensyarah yang ternyata memberikan ilmu yang sangat berguna dalam subjek tersebut. Pertama kali dalam sejarah saya tertarik dengan subjek sejarah setelah mengalami zaman kebutaan sejarah ketika di sekolah menengah dahulu.

Isu-isu yang selalu diketengahkan ialah yang mempunyai perkaitan dengan orang melayu. Terkadang musykil juga, apakah corak pembelajaran bagi subjek ini sama seperti universiti-universiti lain? Maksud saya adakah cara pembelajaran di kampus APIUM ini - yang semua pelajarnya adalah melayu dan Islam - adalah sama seperti di universiti-universiti yang mempunyai pelajar-pelajar yang berbangsa cina dan india? Yang terdapat padanya kaum yang pelbagai?

Pada tanggapan saya, jika corak pembelajarannya sama maka huru-haralah kampus tersebut.

Jikalau kita cuba menelusuri objektif sebenar pembelajaran ialah ingin menanamkan sifat patriotik atau semangat cintakan negara dalam diri siswazah sesuai dengan matlamat universiti ingin melahirkan pimpinan-pimpinan negara yang terdiri daripada para intelektual dan bijak pandai, mampu menganalisis dengan kritis dan kreatif. Satu gagasan yang sangat baik.

Namun apa yang saya sedar, sentimen perkauman terlampau kuat dimainkan. Tidak ubah seperti percaturan sesetengah golongan yang terdesak, dengan harapan sokongan melayu kembali berpihak kepada mereka. Pensyarah seringkali mengetengahkan isu agenda kaum cina yang ingin menakluki Malaysia, lantas menanamkan sifat benci dalam pemikiran pelajar terhadap kaum itu secara halus. Saya sendiri telah terpengaruh dengan fakta-fakta yang diberikan, saya mengaku. Namun apa yang peliknya dalam masa yang sama meminta pelajar untuk menyokong gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri kita yang tercinta, suami kepada Datin Seri Rosmah. Padahal gagasan itu mahu menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum supaya dapat hidup dengan aman harmoni tanpa tercetusnya sensitiviti dan sentimen perkauman.

Nampak agak kucar-kacir kan? Sangat jelas. Isu kuil dimainkan, isu arak di perhebahkan. Padahal semua dasar itu bermula dari mereka sendiri. Sebelum pihak yang sekarang ini ambil alih.

Nampak sangat mereka menolak perjuangan mereka sendiri.

Saya tidak risau mana-mana sahabat yang mahu berfikir dengan pemikiran mereka. Saya suka mengambil apa yang baik. Tidak kisah daripada amoi yang tidak menutup aurat ke, dari pakcik yang selalu berlegar-legar depan APIUM tu ke, yang penting sentiasa muhasabah diri, murnikan akidah dan pemikiran.

Taatlah kepada setiap arahan pemerintah, kecuali yang bersalahan dengan agama, maka tegur dan nasihatkanlah mereka. Andai mereka tidak mahu mendengar nasihat tersebut, kita telah terlepas daripada tanggungan Allah. Ingat, Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah, kita hanya wasilah. Menjadi tanggungjawab untuk kita berdakwah dan menyampaikannya kepada pemimpin dan masyarakat.

Minta komen kalian..;)

Ulasan