Minggu exam yang perit..

Meniti hari sepanjang peperiksaan ternyata memeritkan. Terkadang kepala terasa berdenyut-denyut tika menjawab soalan di dewan. Mungkin kesan daripada tidur yang tidak cukup kerana sering juga berjaga malam untuk subjek-subjek killer. Almaklumla, study last minute. Nak study awal-awal tiada teman. Last-last diri sendiri merana. Huhu..

Terkadang terkilan juga dengan sikap pihak pentadbiran yang mengatur jadual peperiksaan selepas raya. Bukan APIUM sahaja, malah pelajar UIA pun menerima nasib yang sama. Hari raya orang nak bersuka ria bersama keluarga, berjumpa sanak saudara melepaskan rindu yang terpendam, tapi diserabutkan dengan ulangkaji peperiksaan. Terkadang terasa hendak menghantar memo kepada pihak universiti untuk menunda jadual peperiksaan kepada hari lain dan bukan selepas cuti raya. Namun sudah terlalu lewat. Peperiksaan pun telah berjalan. Apa boleh buat.

Kalau buat demo apa macam? Satu idea yang biasa kita dengar tapi belum pernah dilakukan termasuk saya sendiri. Belum pernah menyertai sebarang demonstrasi. Tapi terkadang terdetik juga, sejauh mana pendekatan demo dapat diterima oleh pihak atasan. Kita sekadar meluahkan rasa tidak puas hati, tapi nanti dikatakan berpolitik pula. Kalau nak hantar memo atau mengikut prosedur mereka akan sengaja melengah-lengahkan perkara tersebut. Sekalipun sudah follow-up beberapa kali, tapi mereka sengaja buat tak endah. Bila kita buat demo baru diorang bising. Kalau tak buat nanti mula balik perangai. Tapi tidak mengapalah, bukanlah saya memusuhi pihak pentadbiran, sekadar luahan rasa yang tercetus di benak yang membuak. Tiada sebarang niat untuk menjatuhkan sesiapa. Maafkan saya andai ada pihak universiti yang terbaca post saya ni. Sekadar membuka ruang untuk merenung diri.

Ulasan