Busuknya Hati Seorang SAHABAT...


Salam sejahtera. Sekali lagi saya minta maaf kerana belum berkesempatan untuk menyambung novel bersiri “Si penggali kubur”. Hari ni sengaja saya nak meluahkan sedikit kekecewaan dalam hati. Biasalah, mana ada manusia yang tidak ditimpakan ujian dan kesusahan dalam hidupnya. Dan mungkin permasalahan ini merupakan petunjuk daripada allah terhadap dosa dan silap yang pernah dan telah saya lakukan terhadap Dia. Ya Allah, ampunilah dosaku andai terkhilaf dalam memilih jalanMu.

Entahlah, tidak tahu bagaimana harus dipermulakan kisah ini. Mungkin saya rasakan tidak perlu dihikayatkan ceritera ini. Cukuplah sekadar andai orang yang saya maksudkan ini mendapat perlindungan dan hidayah malah petunjuk daripada Allah swt. Semoga perangai yang buruk itu ditukarkan Allah kepada perangai yang mampu memuliakan islam itu sendiri.

Berkata tentang sahabat, mungkin mereka merupakan tempat kita meluahkan segala isi hati kita, berkongsi permasalahan dengannya, meminta pendapat serta pandangan tentang sesuatu permasalahan, membantu kita di saat memerlukan pertolongan, menyokong kita dalam kebenaran dan menegur kita andai tersilap memilih jalan. Aduhai indahnya nilai persahabatan ini.

Ya, nilai yang sangat tinggi. Tidak mampu untuk diadakan atau dibuat-buat malah ianya semulajadi dalam pekerti sahabat yang dikasihinya itu.

Terkadang kita mengakui jasanya terlalu banyak dalam membantu kita. Segonyong2nya menawarkan diri andai kita ditimpa permasalahan. Tanpa diminta.

Sanggup juga meluangkan masa bersama. Malah menghidangkan makanan dan minuman pula. Baik. Tersangat luhur pekertinya secara zahir. Hingga kita tidak sanggup membelakanginya malah berhasrat untuk memandunya ke arah kebaikan.

Demikianlah apa yang terzahir di hadapan mata seluruh yang menyaksikan. Pandangan umum telah berjaya diraih. Dialah sahabat sejati yang diimpikan barangkali.

Cubalah berfikir sejenak. Sahabat sejati itu datangnya daripada mana? Apakah ukuran yang sepatutnya menjadi piawaian dalam mengiktiraf seseorang itu sebagai sahabat yang sejati. Cukupkah sekadar luaran pekerti yang terzahir diambil kira dalam bersahabat?

Terimalah hakikat. Memang itulah yang secara kasarnya dilihat oleh umum. Malah saya sendiri gamaknya berasakan sedemikian.

Aduh. Tak sanggup nak menceritakan keburukannya. Mengapakah ini terjadi?

Tidak mengapalah. Tak perlu rasanya mendedahkan keburukan. Saya menceritakan secara pandangan positif sahaja.

Yayaya..

Sahabat sekalian. Ubahlah pandangan anda dalam bersahabat. Meskipun dia bukan seorang yang mengambil berat perihal kita, dia bukan yang selalu membantu kita dalam gerak kerja, atau dia tidak pernah belanja makan atau minum, mengajak ke tempat-tempat membeli belah, berbual-bual mesra dengan kita dan sebagainya, atau membantu kita dalam pembelajaran..bla..bla..bla… dan macam-macam lagi kebaikan yang tidak dihulurkan..

Biarlah seorang sahabat itu tidak memberi sebarang jasa kepada kita..

Biarkan..

Namun apa yang penting DIA TIDAK PERNAH MENIKAM KITA DARI BELAKANG..TIDAK PERNAH MEMBURUK-BURUKKAN KITA DEPAN ORANG RAMAI..

Aku tak kesah macamana jasad atau anatomi, rupa wajah korang, sumbing ke, gelap ke, cerah ke, bau badan ke, tak pernah basuh baju ke, suka amek barang tak cakap ke..

Yang penting DIA BUKANLAH ORANG YANG MENGKHIANATI KITA DARI BELAKANG..BILA DIAJAK BERSEMUKA DIA BERALASAN, INGIN MENGELAK..BACUL..SEKADAR BERMAIN DARI BELAKANG…

Inilah seburuk-buruk sahabat..tiada berguna segala kebaikan yang dihulurkan..sama taraf dengan sampah..hatinya terlampau busuk..

Maafkan saya, agak beremosi. Terlampau memendam kemarahan barangkali..

Harapnya apa yang saya katakan ini tidak sampai pada empunya diri. Bimbang dia terasa dengan kata-kata saya ni..

Saya sedang berusaha menjadi sahabat yang baik..barangkali..

Ulasan