Menjana Idea Ketika MENULIS...

   

Saya yakin ramai blogger yang sering mengeluh,

“adui, takde idea la nak menulis..”

“Dah seminggu tak update ni… aduh blurrrr…”

“idea…oo idea… where are you…come to papa…”

Ada juga yang sering mencari ilham sambil menghadap laptop (microsoft word). Mereka berharap dengan melakukan yang sedemikian akan membuahkan idea untuk menulis. Namun setelah termangu hampir 15 minit, idea yang diharapkan langsung tidak kunjung tiba.

“macam busut je aku duduk depan laptop ni..”

“Kalau 15 minit ni aku joging dah kurus dah agaknya ni…”

Ada juga yang berperasaan was-was dan sangsi apabila memulakan penulisannya. Bermacam2 tanggapan bermain di pemikiran seperti,

“ish, entry ni macam tak masyuk je..”

Ataupun, “eh tajuk ni susah nak elaborate plak..”

Ataupun mereka yang terlalu bengang, “arggghh, geramnya… macam nak hentak je laptop ni!!” (saya salah seorang yang pernah mengalaminya ;p)

Semuanya kerana ingin mencari idea untuk menulis entry yang menarik. Dan lantaran itu sesetengah blogger akan mengambil jalan terakhir dengan mengopy paste dari laman web lain (minta dijauhkan daripada amalan tersebut).

Bagaimana hendak menjana idea ketika menulis? 

Menulis merupakan satu kemahiran atau bakat yang boleh dilatih. Ianya bukan kemahiran yang diperolehi sejak lahir. Dan kadangkala orang yang tidak pandai dalam akademik pun mampu untuk menulis dan menjana idea yang kreatif dalam penulisan.

Dan satu hakikat yang perlu kita semua sedari, sebenarnya menulis bukanlah satu kemahiran. Percaya atau tidak?

Haa.. terpulang pada kalian. Cuma bagi saya, perkara utama yang sebenarnya mempengaruhi penulisan seseorang ialah idea.

Seseorang yang hebat dan pandai menulis, namun tiada idea yang menarik, penulisannya tidak akan diminati orang.

Dan saya percaya orang yang mempunyai idea yang hebat, tentu tiada masalah baginya untuk menulis. Kecuali memang orang tersebut buta huruf, memang tidak dapat dielakkan lagi la..

Jadi, kemahiran sebenar yang perlu kita tekankan bukanlah kemahiran menulis, tetapi kemahiran mencari idea.

Bagaimana ingin menjana idea yang kreatif? Adakah dengan bersendirian di tempat yang sunyi? Atau kunci bilik supaya tiada orang yang mengganggu? Atau sesetengahnya merokok untuk mencari ilham? Atau lihat ombak di tepian pantai?

Emm… semua pun boleh (mengambil kata2 shahir af8).. terpulanglah pada keselesaan masing2..

Namun kalian harus sedar, cara yang terbaik dan termudah sebenarnya ialah dengan memperbanyakkan bacaan.

Dengan membaca, otak akan berkembang, fikiran akan memaparkan imaginasi2 tertentu yang berkaitan dengan pembacaan kita.

Contohnya ketika kita membaca novel, otak kita akan terbayang satu persatu bagaimana rupa wajah hero dan heroin, bagaimana rupa wajah seorang tua, bagaimana suasana persekitaran yang dibawakan di dalam cerita tersebut, dan macam2 lagi. Hal ini melatih otak untuk berimaginasi dan berkembang.

Maka dengan melazimi aktiviti yang berkaitan dengan otak, pemikiran dan imaginasi kita akan lebih kreatif dan kritis. Ianya berbeza dengan menonton televisyen, walaupun menonton televisyen juga merupakan satu penceritaan, tapi imaginasi kita terbatas. Ianya tidak mampu berkembang sepertimana kemahuan otak kita sendiri. otak sekadar menerima cerita tersebut sepertimana yang ditayangkan

Jadi jom sama2 kita tanamkan minat membaca dalam diri. Manfaatnya untuk diri kita sendiri jugak, bukannya orang lain.

Bagi mereka yang gemar memperuntukkan masa dalam dunia blog, rajin2lah membaca artikel yang disiarkan dalam blog orang lain, bukannya sekadar singgah dan meninggalkan link sahaja. Tinggalkan komentar supaya kita mampu berkongsi pandangan antara satu sama lain.

Saya sendiri, sebenarnya tidaklah pandai sangat dalam menulis2 ni. Entry ni pun sebenarnya beberapa kali diedit sebelum dipublish.

Dan entry ini juga ditulis ketika saya sedang buntu mencari idea.. kukuku..(^^,)’'

2 Bisikan:

  1. sgt setuju..kena byk baca n amik tau dunia semasa buat idea bertambah ngee

    BalasPadam
  2. haha... 1st time aku bukak blog mung ki... tahniah2...

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors