Ada Apa Dengan Qulhu Fida' dan TAHLIL??

   

Baru2 ini saya ada mengikuti usrah bulanan pas kawasan. Majlis tersebut berlangsung pada hari khamis malam jumaat selepas solat maghrib, bertempat di markaz pas cawangan. Kebiasaannya pada waktu2 sebegitu (malam Jumaat) orang2 kampung mengadakan majlis bacaan yasin di masjid kampung masing2. Saya pun pada mulanya terasa berat untuk mengkuti usrah tersebut kerana sudah terbiasa mengikuti majlis bacaan yasin pada setiap minggu, tetapi bila difikir2 semula antara kepentingan usrah dan membaca surah yasin, saya bercadang untuk ke majlis usrah. Bagi saya menuntut ilmu lebih penting daripada membaca surah yasin, kerana terdapat hadis yang mengatakan,

"طلب العلم فريضة على كل مسلم" 

Maka saya pun bertolak ke sana bersama ayah. Sampai di sana orang ramai telah menghabiskan rakaat pertama solat maghrib. Maka saya pun masuk ke dalam jamaah dan menyempurnakan rakaat yang belum dilaksanakan. Selepas habis solat kami wirid seperti biasa.


Ustaz yang dijemput untuk menjadi naqib pada hari itu tidak dapat hadir lantaran beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Maka orang lain telah diangkat untuk mengepalai majlis tersebut.

Saya mendengar dan menjadi pemerhati yang setia. Walaupun penyampaiannya tidak seperti penceramah yang hebat, namun isi yang diberikan sangat2 bagus dan membuka pemikiran kita.

Kepentingan ikhlas 
Pada peringkat awal beliau menyentuh tentang ikhlas. Walaupun mudah untuk disebut, tetapi niat yang berada di dalam hati menentukan segala2nya. Beliau menghuraikan beberapa perkara asas yang perlu ada dalam setiap manusia yang mengaku sebagai hamba Allah.

Tidak dilupakan juga beliau mengetengahkan tentang sifat riya’, yakni lawan kepada ikhlas. Antara ungkapan yang menarik perhatian saya ialah ; “Setiap amalan yang ikhlas tidak akan sah andai tidak kena pada caranya yang sebenar, namun setiap amalan yang dilakukan takkan diterima andai tiada keikhlasan dalam diri walaupun dia telah melakukannya dengan cara yang betul.”

Antara lain beliau menyentuh tentang bahaya sifat riya’, “Penyakit riya’ merupakan penyakit yang sangat bahaya, malah ianya lebih bahaya daripada penyakit barah dan kencing manis. Kerana penyakit barah dan kencing manis hanyalah penyakit yang bersifat sementara di dunia, malah ianya menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh si empunya penyakit. Manakala penyakit riya akan berkekalan sehingga hari kiamat dan si empunya diri akan merana sehinggalah dia dicampakkan ke neraka.”

Qulhu fida’ (penebus) dan bacaan tahlil 
Mungkin tajuk ini agak panas untuk dibincangkan. tapi ianya satu hal yang menarik untuk difikirkan sebenarnya. Mungkin ianya menguji sejauh mana keterbukaan kita untuk menerima satu2 pendapat.

“Budaya orang kampung kita pada hari ini sudah agak terbalik. Perkara2 yang bukan tsabit dalam sunnah seringkali diutamakan. Contoh yang paling mudah ialah bacaan qulhu fida’ untuk orang mati. Sesetengah dalam kalangan kita hinggakan habis beribu2 ringgit dalam seminggu kerana mengadakan majlis ini. Padahal kalau duit sebanyak itu dipergunakan untuk persiapan menunaikan fardu haji adalah lebih baik. Sedangkan hukum menunaikan haji itu fardu, manakala qulhu fida’ itu masih samar lagi tentang kesahihannya.”

“Sejarah qulhu fida’ ini bermula apabila seorang tuan guru telah bermimpi bertemu dengan arwah ibu kepada seorang anak muridnya. Dalam mimpi tersebut si ibu mengadu kepada tuan guru tersebut tentang siksa yang dialaminya dalam kubur. Maka si ibu tadi memohon agar disedekahkan pahala bacaan al-quran kepadanya supaya dapat diringankan siksa kubur itu. Lantas tuan guru itu pun membacakan surah al-ikhlas beberapa kali. Setelah menghabiskan bilangan tertentu bacaan surah tersebut, akhirnya si ibu berterima kasih kerana dengan berkat pahala bacaan tuan guru tersebut telah meringankan azab siksaannya di kubur. Maka bermula dari hari itu amalan bacaan qulhu fida diamalkan sehingga sekarang.”

“Hal ini sebenarnya telah mengundang satu budaya jahiliyyah dalam kalangan kita. Apabila mereka percaya bahawa pahala bacaan qulhu tersebut dapat mengurangkan azab kubur atau memberi syafaat setelah mati, maka ada golongan yang mempersendakan kewajipan taubat. Apabila diserukan kepada mereka untuk bertaubat, mereka beranggapan bahawa pahala bacaan qulhu dapat menyelamatkan mereka setelah mati, maka mereka berkata tidak perlu risau semasa masih hidup. “Lakukanlah dosa sebanyak mana pun, nanti sampai saat kematian sudah pasti orang kampung akan membacakan qulhu untuk kita.””

“Lihat, inilah pemikiran yang menjadi penyakit dalam masyarakat kita pada hari ini. Sepatutnya setiap amalan yang dilakukan oleh anak adam akan kembali kepada dirinya sendiri. Sama ada melakukan kemaksiatan ataupun amal soleh, setiap daripadanya akan dibalas di akhirat kelak. Pahala tidak akan diperolehi dengan amalan soleh yang dilakukan oleh orang lain. Maka, kitalah yang akan mencorakkan nasib sendiri di akhirat kelak, bukannya orang lain. Allah swt berfirman ; barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan sesiapa yang beriman dan beramal soleh akan dimasukkan ke syurga, mereka kekal di sana.”

“Hanya 3 perkara sahaja yang telah dijanjikan oleh Allah dalam hadis rasulNya. Apabila mati seorang anak adam, maka telah terputus segala amalannya kecuali 3 perkara ; sedekah jariah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat, dan doa daripada anak yang soleh. Hanya doa dari anak yang soleh sahaja yang mampu menyelamatkan seseorang ketika berada di dalam kubur. Maka seharusnya kita melazimi doa terhadap kedua ibu bapa kita supaya diringankan segala azab yang menanti di sana.”

“Timbul pula persoalan. Bagaimana pula dengan keadaan doa anak yang tidak soleh?”(minta maaf, saya terlupa apa hujah beliau dalam hal ini. Insya Allah akan saya update semula jika beroleh jawapan).

“Seakan2 amalan ini telah diswastakan. Apabila berlaku kematian di sesebuah kampung, maka ahli keluarga akan menyerahkan beberapa nilai wang kepada pihak masjid atau jawatankuasa kampung untuk mengadakan majlis bacaan qulhu fida’. Kemudian seluruh ahli qariah akan dijemput hadir membacakannya bersama-sama selama 3 hari berturut-turut. Secara tidak langsung hal ini telah menyerupai pengamalan orang kristian. Mereka membeli surat pengampunan daripada seorang rahib sebanyak nilai tertentu, kemudian rahib tersebut akan mengisytiharkan bahawa segala dosa2nya telah terampun.”

“Demikian halnya dengan tahlil. Apabila malis tahlil diadakan di masjid, maka berbondong2 ahli qariah yang hadir. Namun apabila majlis pengajian diadakan, hanya beberapa orang ajk masjid sahaja yang hadir. Sedangkan menuntut ilmu itu adalah wajib, manakala tahlil arwah tiada tsabit daripada sunnah, ianya sekadar kiasan ulama sahaja. Sedangkan berkias dalam bab ibadah adalah tidak harus.”

Saya sekadar mendengar sambil berfikir. Ada juga betulnya tanggapan tersebut. Namun secara peribadinya saya mengambil sikap lebih terbuka.

Terpulang kepada kalian untuk menilai berdasarkan ilmu kalian. Sekadar perkongsian umum.

4 Bisikan:

  1. tinggalkan bidaah, hanya al-quran dan sunnah shj jln yg benar...

    BalasPadam
  2. ya..sunnah adalah jalan selamat untuk ke syurga..;)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum wbt,

    untuk pencerahan berhubung perkara ini, tuan boleh taip saja bahrus sopha - tahlil fida'

    BalasPadam
  4. Saya setuju... hujah para alim dan arif dlm bidang ini lebih kuat dibandingkan mereka yg mempertahankan amalan tersebut.

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors