Naluri Yang Sukar Untuk DIDUSTAKAN...


berjuraian mutiara halus
di balik kekalutan hati
aku masih tidak pasti
inikah simbahan penyesalan..

mata hati ini seringkali membisikkan kebenaran
naluriku ikhlas
aku sangat benci mendustakannya
walaupun pemikiran menzaliminya..

hati ini adalah lelakiku
yang seringkali berat melafazkan kenyataan
ini bukan antara kebencianku
tetapi kerana cintaku..

mengertikah?

Astaghfirullah.. 
ku anggap ini kaffarah untuk dosaku
kerana sering aku lari dari
Cinta-MU...

8 Bisikan:

  1. .. kerna sememangnya kita x mampu nk tipu diri sendiri n segala isi yg ada dlm hati kita ... moga Allah beri petunjuk yg baik dalam setiap langkahmu akhi...

    BalasPadam
  2. ya~~ itulah yang sering diharapkan oleh setiap insan..

    tidak mampu untuk menipu terlalu lama.. walau terpaksa menanggung risiko yang bakal dihadapi..

    sungguh, inilah perasaan yang memberat...

    BalasPadam
  3. Hati...lupakanlah dengan pandangan manusia...
    sepenat atau sebesar mana sekalipun pengorbananmu...
    takkan dapat memuaskan hati mereka...
    cukuplah hanya ALLAH dan kau saja yang tau...
    biar seburuk mana dirimu..
    biar sejelek mana pandangan mereka padamu...
    ALLAH takkan pernah membencimu..
    kerana DIA lebih MAHA MENGETAHUI...
    dan kerna DIA xkan pernah MENGABAIKAN hambaNya..

    BalasPadam
  4. naluri seorang manusia tidak akan pernah sesekali sama dengan naluri Penciptanya.. perkara yang buruk di pandangan manusia kadangkala menjadi baik pada pandangan-NYA.. dan begitulah sebaliknya.. amat rugilah sesiapa yang mentelah nasib diatas pandangan manusia dengan harapan mendapat kesenangan dari mereka..

    janganlah sesekali mengesampingkan pandangan-NYA.. kerana Dia merupakan pemilik segala KEBAIKAN..

    BalasPadam
  5. Tuhan cinta Agung kita..menangislah selalu kerana nasib kita belum tahu,baik kah atau sebaliknya,muhasabah..merenung diri selalu!

    Selamat berpuasa!

    BalasPadam
  6. Tuhan cinta Agung kita..menangislah selalu kerana nasib kita belum tahu,baik kah atau sebaliknya,muhasabah..merenung diri selalu!

    Selamat berpuasa!

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors