Sejarah Manusia Dan PENIPUANNYA...

  
...Dengan nama Allah aku menghirup nafas ini dan aku hembuskannya semula dengan kudrat dan izinNya..

Cuti study week sudah bermula. Cuti kali ini agak berlainan dengan cuti-cuti yang sebelumnya kerana ianya memakan masa hampir 3 minggu. Hampir sebulan diberi masa untuk berehat. Aduyai, bekulah otak di rumah jawabnya…

Urm, tapi tidak mengapa. Mungkin dengan cuti yang agak panjang ni merupakan satu kesempatan untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti yang kita sukai yang seringkali terbengkalai ketika waktu pembelajaran/kuliah dulu. Almaklumlah, setiap orang mempunyai hobi dan minat masing-masing. Namun atas keterdesakan masa seringkali kita terpaksa memilih perkara yang harus diselesaikan dahulu dan mengenepikan perkara yang tidak terlalu penting sangat. Penting untuk kita mempunyai kemahiran menilai awlawiyat dalam kehidupan ini. Huhu.

Dan dalam entri kali ini sebenarnya saya ingin mengongsikan satu video yang saya dapat daripada Facebook. Pengisian misteri yang membongkar sejarah ketamadunan manusia. Malah ianya merupakan satu pertikaian terhadap falsafah-falsampah barat yang selama ini cuba untuk mengelirukan manusia.

Saya kira video ini sangat bermanfaat untuk kita cuba renungi bersama. Terima kasih diucapkan kepada brofat.blogspot (tapi dah ditutup) kerana telah menghasilkan video yang sangat bermanfaat ini. Sampaikan saya sendiri masih keliru adakah fakta-fakta yang telah dibongkarkan ini adalah benar atau sekadar satu penipuan pula. Tetapi terasa macam betul juga. Huhu. Apa-apa pun, kita pulangkan segala khilaf kepada empunya khazanah ilmu, iaitu Allah Azza Wa Jalla. Semoga Dia memberi petunjuk kepada kita semua.

Jom saksikannya bersama... =)


Ulasan