Siapa yang tidak kenal rancangan Maharaja Lawak Mega. Sebut
sahaja kumpulan-kumpulan yang berada di dalamnya, maka semua orang akan mengenali
figura-figura yang dinaikkan dalam kumpulan tersebut. Kumpulan Boboi, Osbon,
dan sebagainya. Saya bukanlah dari kalangan orang yang mengikuti perkembangan
rancangan tersebut, tetapi kawan-kawan saya ramai yang menyebut-nyebut
tentangnya, maka saya pun secara tidak langsung menontonnya juga.
Dan sekarang, rancangan tersebut telah menjadi satu
fenomena baru di Malaysia, malah ianya telah mendapat perhatian hingga ke ceruk Indonesia dan Singapura. Sokongan yang padu daripada segenap lapisan masyarakat
telah menaikkan rancangan ini ke mata dunia.
Maka nak dijadikan cerita, baru-baru ini kumpulan Boboi
yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik telah mengisytiharkan
diri mereka menyertai UMNO, dan ianya berlaku sebaik sahaja mereka telah
dinobatkan sebagai naib juara, (walaupun ada beberapa kelompok penonton yang menganggap kumpulan Boboi lebih layak untuk
menyandang juara dalam rancangan tersebut).
Saya tidak hairan dan tidak ingin mengambil tahu pun
kalau mereka ingin menyertai mana-mana parti politik. Itu adalah hak dan
kemahuan individu. Cumanya saya berasa hairan, mengapa baru hari ini mereka
mengisytiharkan bahawa mereka menyertai UMNO? Sebelum-sebelum ini mereka bukan
umno kah?
Demikian juga dengan AC Mizal (yang baru dikurniakan
pangkat dato’ delay), ketika menjadi pengacara untuk konsert Maher Zain di Ipoh
anjuran MB Zambry kerajaan negeri Perak. Dengan terangnya mengatakan bahawa dia
adalah pemuda UMNO bahagian Ipoh Barat di depan khalayak ramai. Persoalan yang
bermain di pemikiran saya, perlukah sebut semua itu? Apa kaitan jawatan yang
dipegangnya itu dengan konsert Maher Zain yang sedang berlangsung?
Sebelum ini memang saya beranggapan bahawa
golongan-golongan artis ni ialah mereka yang menyokong kerajaan. Dan saya tidak
hairan kalau mereka menyokong umno. Kerana memang media-media perdana yang
berada di Malaysia pada hari ini dipegang oleh puak umno.
Saya nampak usaha-usaha tersebut sebenarnya dilakukan
oleh umno dengan tujuan supaya rakyat melihat bahawa golongan artis bersama-sama
dengan umno. Mungkin ini salah satu perancangan mereka kononnya apabila artis
ramai yang menyokong umno, maka ramailah rakyat yang menyokong umno pula. Saya masih
sangsi dari mana formula sifir ini mereka dapati.
Hakikatnya, media umno agak terpukul apabila mendapati beberapa
orang artis mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam pas. Seperti contoh Bob Lokman yang dahulunya juri dalam raja lawak dan lain-lain. Antara lain video
tentang hudud yang telah dianggotai oleh Mat Luthfi, vlogger terkenal.
Jika cuba dianalisis, terdapat 2 situasi yang
berbeza yang perlu dikenalpasti; pertama kemasukan artis ke dalam pas, dan
kedua kemasukan artis ke dalam umno.
Kemasukan artis ke dalam Pas kebiasaannya akan
menunjukkan perubahan besar yang dilakukan oleh artis tersebut daripada
sikapnya yang lama kepada yang baru. Seperti contoh Bob Lokman. Perubahan beliau
terlalu ketara iaitu daripada seorang yang suka berhibur, dan akhirnya memilih
untuk berdakwah. Demikian juga Ali Setan.
Manakala kemasukan artis ke dalam umno pula ialah
sebaliknya. Tiada sebarang perubahan yang berlaku dalam hidup mereka. Seolah-olah
kemasukan mereka ke dalam umno tidak memberi sebarang impak pun. Ianya tidak
lain adalah bertujuan kempen, dan ianya sangat mudah dihidu oleh masyarakat dan
orang ramai.
Saya tidak ingin mengatakan bahawa artis-artis di malaysia
adalah teruk dan sebagainya, Cuma saya rasa masyarakat umum telah mengakui hal
tersebut secara tidak langsung. Dan kelihatannya selera golongan umno adalah
kepada hal-hal yang berkaitan keburukan. Mereka lebih suka memilih artis
daripada para ilmuan atau ahli akademik. Mereka lebih mendahulukan hiburan
daripada keilmuan.
Sedangkan saya rasa dalam umno ada ulama-ulama mereka
yang tersendiri, tetapi seolah-olah fungsi mereka tidak dimanfaatkan sebaik
mungkin oleh umno. Ulama-ulama muda ini punyalah menjaja dan melindungi setiap
kesalahan pemimpin mereka dalam umno, namun ternyata umno lebih suka
menggunakan nama artis untuk menaikkan nama mereka. Kesian ulama-ulama ini.
hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Siapalah agaknya mereka pada
pandangan umno yang sebenarnya.
Namun begitu, secara peribadinya saya bersimpati terhadap
golongan artis yang menjadi barang mainan umno ini. ternyata mereka merupakan golongan
pelakon yang terhebat, selayaknya dengan karier mereka sebagai pelakon di kaca
tv. Dan pengarah kepada lakonan tersebut sudah tentu umno. Berapa bayaran
lakonan tersebut saya tidak pasti, yang penting bukannya sekadar 10k. habis
duit rakyat dipergunakan untuk agenda yang sia-sia seperti itu.
Hakikatnya, orang ramai respek kepada artis yang
menyokong pas, namun tidak merasakan apa-apa pada artis yang sokong umno. Dan saya
tengok Boboi kerana kelawakan mereka, bukan kerana keUMNOan mereka. Sekian.
pelik juga tgk artis2 yang mengisytiharkan diri mereka dalam politik.rasa xde beza nya pun.lainlah kalo isytiharkan diri mereka pendakwah ke,baru la nampak beza nye~politik bukannya sesuatu y nak dibanggakan~
BalasPadam