Zuhur Yang SUGUL....

   

Pagi tadi ketika sedang memandikan ‘awek’ baru saya, tiba-tiba ayah memanggil.

“Ki, kau taw tak ust Badruldin masuk wad kena strok?” laungnya dari beranda rumah.

Saya tersentak. Ust Badruldin merupakan ayah kepada sahabat baik saya. Khabarnya sahabat baik saya itu baru saja pulang dari Mesir, namun saya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengannya. Lama sudah perasaan rindu ini saya pendam untuk bertemu.

“Eh yeke, tak tau pulak.. ni baru taw.. dah lama ke?” jawab saya sambil disusuli pertanyaan lain.

“Ada la dalam 2 3 hari dah. Pukul 12 nanti kita pergi ziarah kat hospital..” kata ayah. Saya termangu sambil tangan memegang getah paip yang memuntahkan air tanpa henti.

*****

Saya tiba di hospital. Mata melilau-lilau mencari kelibat sahabat baik saya itu. Tetamu yang berziarahan agak ramai. Semua merupakan teman-teman ayahnya, merangkap ustaz dan ustazah yang pernah mengajar saya di SAMT Batu 38.

Seraut wajah kusam dan muram kelihatan. Itulah wajah yang saya cari. Air mukanya sedang menahan kesedihan. Manakan tidak, baru saja pulang ke Malaysia dengan niat ingin bertemu dan bermesra dengan sanak keluarga yang dirindui, namun takdir Ilahi mencaturkan segala kisah dan diari.

“Waafi, apa khabar?” saya memulakan ramah sambil menghulur tangan mengunjurkan salam. Dua telapak tangan bertemu. Berpadu dengan kerinduan yang telah dipendam lama.

“Alhamdulillah, ki.. lama tak jumpa...” ujarnya dalam nada sugul. Seulas senyuman yang saya hulurkan pun hanya dibalas suram. Saya memahami kondisi perasaannya. Senyuman dikendurkan semula. Hakikatnya terlalu gembira dapat bertemu dengannya.

“Macamana keadaan ayah kau, ok?” tanya saya memulakan bicara sambil mata menjeling ke arah katil tempat ayahnya dibaringkan. Ayahnya kelihatan tidak sedarkan diri. Mata tertutup, tapi mulutnya kelihatan terbuka.

“Hmm.. macam tu lah. Dia tak sedarkan diri,” balasnya ringkas.

“Sejak bila lagi dia sakit ni?”

“Ada la dalam dua tiga hari lepas.. masa jumaat malam baru-baru ni ayah aku sihat lagi, dia kata nak jemput aku kat airport... tapi bila keesokan paginya, tiba-tiba ayah aku tak dapat bergerak..” ujarnya menceritakan kronologi secara ringkas.

“Owh, jadi siapa yang ambik engkau kat airport?” tanya saya.

“Kakak aku, tapi ni dia dah balik kolej dah,” balasnya. Kami terus berbual, melampiaskan rindu yang telah lama bersulam. Bertanyakan keadaan di Mesir dan sebagainya. Dan dia pula bertanyakan keadaan saya di bumi Malaysia.

Perbualan kami berlarutan tidak lama kerana keadaan tidak mengizinkan. Ayahnya terpaksa dihantar ke hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut kerana kondisinya tidak menunjukkan perubahan. Sebelum berangkat pulang sempat saya hadiahkan doa kepada ayahnya dan seluruh isi keluarganya.

“Ok apa-apa hal contact aku ye,” ujar saya mengakhiri pertemuan.

Sebelum berangkat pulang, kami singgah di masjid berhampiran untuk bersolat zuhur. Kebetulan memang baru masuk waktunya.

Entah kenapa terasa solat zuhur kali ini sangat mensyahdukan. Hinggakan air mata yang jarang menitis ini pun berteleku di tubir retina.....

*****

Malam itu saya menjalankan aktiviti biasa di hadapan laptop, dan tiba-tiba telefon berdering.

“Assalamualaikum ki,, ayah aku dah takde....” suara serak basah diiringi esak tangis menerjah gegendang telinga. Saya terdiam. Tidak mampu bertanya, apatah lagi menzahirkan emosi. Mulut seakan ingin bertanya, tapi gugup. Hilang segala bicara. Agak lama saya dengan keadaan itu, hinggalah dia mengucapkan salam kesejahteraan dan meletakkan telefon.

Saya masih terdiam beberapa minit. Loading. Otak saya keras berputar. Dalam dua dimensi, antara sedar atau mimpi.

.
.
.
.
.
.

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun...” akhirnya hanya ungkapan itu yang mengiringi segala-galanya.
  

3 Bisikan:

  1. wow! awek baru la. jelesnye. ngee~

    BalasPadam
  2. innalillah~ skrg nie ramai yg meninggal kn.. baru2 nie kwn ayah e'in meninggal gak..

    BalasPadam
  3. amilin - jangan jelez2, x bek..huhuhu

    ein - demikianlah Allah mengambil segala kepunyaanNya tanpa perlu meminta kepada hambaNya pun... huhu

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors