Minggu study week sedang berlangsung. Waktu inilah
seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mentelaah mata pelajaran yang bakal
diduduki dalam peperiksaan nanti. bukannya apa, sering sangat kita
menyalahertikan cuti study week sebagai cuti untuk bersenang-senangan.
Kelihatannya mahasiswa terpedaya atau terperangkap dengan istilah ‘cuti’ yang
digunakan dalam ungkapan tersebut. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita
mengubah istilah ‘cuti study week’ kepada istilah ‘study week’ sahaja. Buangkan
perkataan ‘cuti’ itu.
Mungkin selepas ini pihak universiti boleh memasukkan
minggu study week dalam jam kredit yang harus dihabiskan oleh pelajar.
Tujuannya tidak lain supaya mahasiswa tidak terlalu senang dengan cuti yang
sedang berlangsung ini. Kerana kadangkala mereka mengambil peluang cuti ini
untuk bertemu dengan keluarga, atau melakukan aktiviti bersama sahabat-sahabat
seperti rombongan dan sebagainya, dan akhirnya menyebabkan penelaahan mereka
menjadi terbantut kerana mereka sibuk dengan benda lain ketika bercuti.
Saya sendiri secara jujurnya, apabila dikatakan ‘cuti’,
secara tidak langsung otak akan di set untuk berehat atau balik ke rumah. Ataupun
kadang-kadang otak menerawang mencari idea untuk melakukan aktiviti lain ketika
bercuti. Secara tidak langsung seolah-olah perkataan ‘cuti’ lebih mendominasi
daripada perkataan ‘study week’. Oleh sebab itulah saya mencadangkan yang
sedemikian.
Namun saya percaya mesti anda tidak setuju dengan
pandangan yang saya ketengahkan ini. Huhuhu. Mungkin masalah yang berlaku bukan disebabkan oleh
ungkapan tersebut, tetapi ianya lebih kepada mind set yang ditetapkan oleh
mahasiswa itu sendiri. Kalau kita sendiri yang menetapkan bahawa cuti study
week adalah untuk bersenang lenang, maka senang lenanglah yang akan kita dapat.
Tetapi jika kita setkan supaya cuti tersebut digunakan untuk mentelaah subjek
peperiksaan, maka itulah juga yang akan kita perolehi.
Justeru, terbukti bahawa persekitaran hidup kita adalah
bergantung kepada apa yang kita tanamkan dalam pemikiran sendiri. Kita haruslah
senantiasa berfikiran baik atau husnuzzon, dan ternyata ianya adalah saranan
yang sering ditekankan dalam agama. Berapa ramai manusia yang lebih suka
memikirkan keburukan dan memandang serong terhadap setiap kejadian yang berlaku
di sekeliling mereka, berbanding memikirkan kebaikan dan hikmah yang berlaku di
atas setiap perkara yang berlaku dalam hidup mereka.
Demikianlah manusia dijadikan dengan akal yang sejahtera.
Allah swt telah menetapkan jalan kesejahteraan yang akan memandu manusia ke
arah kesejahteraan juga, namun manusia juga yang sering melarikan diri daripada
mendapat kesejahteraan itu. Manusia ternyata lebih suka mencari keseronokan dan
kesenangan sementara yang langsung tidak menguntungkan, bahkan akan mengheret
mereka ke arah kebinasaan dan kesengsaraan. Kadang-kadang saya sendiri hairan,
perkara yang membinasakan itulah ternyata yang menggoda untuk kita amalkan
dalam hidup kita. Perkara itu sering saya hadapi. Huhuhu.
Maka bersempena dengan itu, marilah kita bermuhasabah
sempena minggu study week ini. pergunakanlah masa yang terluang dengan
sebaiknya. Janganlah anda terperangkap dengan istilah masa kosong atau masa
free, kerana kelak ianya akan memakan diri. Tiada istilah masa free dalam hidup
orang yang beriman, melainkan sebenarnya mereka sendiri yang tidak menjalankan
tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya, atau dalam kata lainnya mereka
tidak mengetahui kerja sebenar yang harus dilakukan oleh orang yang beriman. Kerana
orang yang benar-benar beriman tidak akan punya masa kosong selain beribadah
dan melakukan gerak kerja islam.
Hakikatnya, Islam itu masih asing walaupun dihuni
oleh orang islam itu sendiri!! Salam study week, semoga najah!
Ulasan
Catat Ulasan